Tuesday, 25 June 2013

Kawasaki z8 Weekend Ride Genting Highland



KL - Ulu Yam - Batang Kali - Genting Highland - Karak Highway - Bentong - KL


Hari ahad yang lepas ( 23 June 2013 ) kitorang ride suka-suka. selepas seminggu meninggalkan Malaysia, aku kembali ke tanah airku dgn perasaan yg tidak sabar nak ride. Ari sabtu, aku ride bersama pillion ke kuala klawang. ride santai je sambil layan koner.




Pada hari ahad pula, aku bersama beberapa orang kawan ride ke genting melalui batang kali dan terus ke karak melayan liku2 jalanan.....




ride kali ini disertai oleh:
  1. kawasaki z800
  2. kawasaki z750r
  3. aprilia shiver 750
  4. yamaha xj6n
  5. kawasaki er6n
  6. honda cb400 vtec v2
  7. kawasaki RR 150 - 3 bijik


misi melicinkan tayar

Sekian sahaja report buat kali ini. sehingga berjumpa lagi... Lets the good time roll............



Sunday, 9 June 2013

Kawasaki z800 at Sadao Border Bike Week 2013


Salam and hi to everyone. Sadao Bike week 2013 adalah long distance ride yang kedua untuk z8 aku. Ride yang pertama adalah sejauh 800++ km dari KL - Kota Bharu - KL. Ride kali ini adalah sejauh 1000++km dari KL - Sadao, Thailand - KL.

Tapak bike week kali ini adalah yang sama seperti tahun lepas. Lebih kurang 1 km dari pekan Dannok, Thailand.

Jadual bike week adalah dari 7 June - 8 June. Walau bagaimana pon, aku terpaksa pergi pada hari terakhir acara iaitu pada 8 June 2013, Sabtu. 

Dari KL, aku ditemani member yg menunggang Aprilia Shiver. Kami bergerak agak lewat iaitu pada jam 11.00 pagi.
Kami singgah sarapan di Tg. Malim

Tak banyak gambar yang diambil sepanjang perjalanan kali ini. Aku akan ditemani lagi seorang kawan dari Pulau Pinang. beliau bersama ER6N nya bersetuju untuk bersama kami untuk menyeberangi sempadan.

sesampainya di Bertam, P.Pinang.

Kami bergerak dari Bertam ke Thailand pada jam 4 ptg.


SADAO BORDER BIKE WEEK 2013

Tapak bike week

sampai je kat tapak... parking penuh ngn moto2...perghhh... meriah.

lautan moto besar...... memang meriah bike week kat border ni.

pintu masuk ke Sadao Border Bike Week 2013. Charge sebanyak RM20 @ 200 Bhat dikenakan.

aku n kawan aku (Rider Shiver).

Keadaan meriah didalam tapak bike week. Konsert memang best ( tak semuanye paham sebb bahasa Thai.. heee)

Itu lah saje gambar yang ade pada aku sepanjang Sadao Border Bike Week 2013 ni. Malam tu kami berhibur sampai lewat malam... balik hotel, tidoq and esoknye bersiap sedia tuk balik KL. Member aku dari Pineng ni tak lepas peluang tuk mencuba z8 aku.

Raisul bersama z8 aku. tak lama lagi z1000 katanye..hehehehe

Overall ride kali ni memang layan, maintain kelajuan 150-200km/j kat atas highway, 4@5 jam untuk 500km.(lebih kurang la)

On the way balik ke KL, ujan lebat dari sempadan sampai ke Pulau pinang. memang basah lenjun... selepas je p.pinang... cuaca mendung sepanjang jalan. sejukkkk je...

Sekian. Lets the good times roll.






Thursday, 21 March 2013

Kawasaki z800 di Empangan Semenyih bersama Aprilia Shiver

Empangan Semenyih.

Empangan Semenyih, salah satu spot memancing yang tidak asing lagi bagi kaki2 pancing. Sudah lama aku tak menjejakkan kaki kesini, sesampainye di empangan, jalan yang runtuh tempoh hari (lebih kurang 3@4 bulan lepas) masih lagi tidak dibaik pulih.... kecewa sebentaar kerana tujuan asal aku melalui jalan ni adalah untuk ke Kuala Kelawang melayan seratus korner..heheheheee...



Ride kali ni ditemani member baik aku, Aprilia Shiver adalah tunggangan beliau....heeeee.... layan gambar jela...










Sekian...








Kawasaki z800 with Akrapovic




Akrapovic exzos for my z800....... akhirnye, berjaya jugak z8 ku mengaum dijalan raya. Kesyahduan menunggang z8 disertai dengan bunyi Akrapovic memang mengasyikkan.
ekzos arkarpovic Full System.

Tapi z8 aku hanya pasang slip on je... ekzos tip (tabung kat hujung tu je.) kelebihan ekzos Akrapovic ni ialah
  1. Bunyi Bass yang dalam, tidak terlalu perit bunyinye
  2. Dilengkapi dengan Butterfly Valve walaupon hanya slip on,
  3. Dipadankan bersama carbon fibre part yang menutupi beberapa bahagian pipe ekzos.

Aku memasang ekzos ni kat Bike Nation Sunway berdekatan dengan sunway pyramid. kita layan gambar je la...zasssss






Dan Hasilnyeeee......




Lepas je tukar ekzos besi ni... aku n the geng terus pergi melayan korner kat genting highland.... hasilnye kepada tayar ku.....

Perbezaan selepas tukar ekzos Akrapovic ni memang ketara, Pick up aku rasa makin bertambah and makin cepat nak naik 180km/j - 200km/j.



Sebelom aku tukar ekzos ni, z8 aku telah selamat disunatkan..... hehehehe...kasi potong sama itu ekor...





Kos potong ekor:
  1. Bracket no plate = RM100
  2. LED Signal = RM80
  3. No Plate = guna yang sedia ada.
selamat sudah....





Friday, 22 February 2013

Kawasaki z800 at Kuala Klawang International Circuit



Dear all, seperti yang dijanjikan report untuk ride Kuala Klawang. Route yang dilalui:

Danau Kota - Hulu Langat - Dam Semenyih - Kuala Klawang - Karak - Gombak - Danau Kota.

Kami RV kat Danau Kota pada jam 9:00 am hari Ahad.


Ride kali ini disertai oleh aku (z800), Ojan (R1), Pokwe (CB400), Cheong Ervin (Z750), and Hawa (er6n)

Tepat jam 9:30, kami gerak menuju ke Hulu langat kerana Cheong menunggu kami disana. Setibanya di pekan hulu langat, kami bertolak ke destinasi pertama iaitu Kuala Klawang.

simpang dari hulu langat ke kuala klawang, hadapan dam semenyih

berenti menunggu rider-rider lain


Setelah beberapa minit melayan jalan selekoh yang mengasyikkan tu, kami berenti berehat buat seketika bagi menghilangkan penat dan dahaga.......










Setelah abes hilangkan dahaga, kami teruskan perjalanan ke Kuala Klawang dan seterusnye menghala ke Karak,






Setibanya kami di pekan Karak.


Dan meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Karak ke Gombak, sepanjang berada di lebuh raya, hujan turun membasahi bumi, kami berenti rehat seketika di tol Bentong, dan meneruskan perjalanan hingga ke tol Gombak.





 


Jumlah jarak yang kami lalui lebih kurang 250km dan perjalanan ini amat menarik. Sekian sahaja untuk kali ini, Lets the good times roll..........................



sekian.