Dear all, seperti yang dijanjikan report untuk ride Kuala Klawang. Route yang dilalui:
Danau Kota - Hulu Langat - Dam Semenyih - Kuala Klawang - Karak - Gombak - Danau Kota.
Kami RV kat Danau Kota pada jam 9:00 am hari Ahad.
Ride kali ini disertai oleh aku (z800), Ojan (R1), Pokwe (CB400), Cheong Ervin (Z750), and Hawa (er6n)
Tepat jam 9:30, kami gerak menuju ke Hulu langat kerana Cheong menunggu kami disana. Setibanya di pekan hulu langat, kami bertolak ke destinasi pertama iaitu Kuala Klawang.
simpang dari hulu langat ke kuala klawang, hadapan dam semenyih
berenti menunggu rider-rider lain
Setelah beberapa minit melayan jalan selekoh yang mengasyikkan tu, kami berenti berehat buat seketika bagi menghilangkan penat dan dahaga.......
Setelah abes hilangkan dahaga, kami teruskan perjalanan ke Kuala Klawang dan seterusnye menghala ke Karak,
Setibanya kami di pekan Karak.
Dan meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Karak ke Gombak, sepanjang berada di lebuh raya, hujan turun membasahi bumi, kami berenti rehat seketika di tol Bentong, dan meneruskan perjalanan hingga ke tol Gombak.
Jumlah jarak yang kami lalui lebih kurang 250km dan perjalanan ini amat menarik. Sekian sahaja untuk kali ini, Lets the good times roll..........................
sekian.
No comments:
Post a Comment