Sunday, 9 June 2013

Kawasaki z800 at Sadao Border Bike Week 2013


Salam and hi to everyone. Sadao Bike week 2013 adalah long distance ride yang kedua untuk z8 aku. Ride yang pertama adalah sejauh 800++ km dari KL - Kota Bharu - KL. Ride kali ini adalah sejauh 1000++km dari KL - Sadao, Thailand - KL.

Tapak bike week kali ini adalah yang sama seperti tahun lepas. Lebih kurang 1 km dari pekan Dannok, Thailand.

Jadual bike week adalah dari 7 June - 8 June. Walau bagaimana pon, aku terpaksa pergi pada hari terakhir acara iaitu pada 8 June 2013, Sabtu. 

Dari KL, aku ditemani member yg menunggang Aprilia Shiver. Kami bergerak agak lewat iaitu pada jam 11.00 pagi.
Kami singgah sarapan di Tg. Malim

Tak banyak gambar yang diambil sepanjang perjalanan kali ini. Aku akan ditemani lagi seorang kawan dari Pulau Pinang. beliau bersama ER6N nya bersetuju untuk bersama kami untuk menyeberangi sempadan.

sesampainya di Bertam, P.Pinang.

Kami bergerak dari Bertam ke Thailand pada jam 4 ptg.


SADAO BORDER BIKE WEEK 2013

Tapak bike week

sampai je kat tapak... parking penuh ngn moto2...perghhh... meriah.

lautan moto besar...... memang meriah bike week kat border ni.

pintu masuk ke Sadao Border Bike Week 2013. Charge sebanyak RM20 @ 200 Bhat dikenakan.

aku n kawan aku (Rider Shiver).

Keadaan meriah didalam tapak bike week. Konsert memang best ( tak semuanye paham sebb bahasa Thai.. heee)

Itu lah saje gambar yang ade pada aku sepanjang Sadao Border Bike Week 2013 ni. Malam tu kami berhibur sampai lewat malam... balik hotel, tidoq and esoknye bersiap sedia tuk balik KL. Member aku dari Pineng ni tak lepas peluang tuk mencuba z8 aku.

Raisul bersama z8 aku. tak lama lagi z1000 katanye..hehehehe

Overall ride kali ni memang layan, maintain kelajuan 150-200km/j kat atas highway, 4@5 jam untuk 500km.(lebih kurang la)

On the way balik ke KL, ujan lebat dari sempadan sampai ke Pulau pinang. memang basah lenjun... selepas je p.pinang... cuaca mendung sepanjang jalan. sejukkkk je...

Sekian. Lets the good times roll.






No comments:

Post a Comment