Thursday, 20 December 2012

FIRST RIDE

Alhamdulillah, selepas megambil z8 kat Bangsar, ride pertama ke Shah Alam, Selangor. Tentatif perjalanan:

Bangsar - Jelatek - Shah Alam - Bukit Bintang - Pantai Dalam - Putrajaya - Danau Kota - Pantai Dalam - Wangsa Maju

Total mileage 244km.

lokasi pertama - Shah Alam, Selangor.

Cuaca tidak berapa baik, dalam perjalanan melalui Federal Highway, hujan mula turun selepas tol batu 3 Shah Alam, redah je la.... syok punye pasal. z8 yang berkilat tadi dah kotor penuh ngan pasir...huhuhu... takpe.. kotor boleh basuh.

Sepanjang perjalanan, z8 tidak mengecewakan. Kekuatan dirasai walaupon still under running in ( max RPM 6000 ) mengikut nasihat orang kedai moto yang aku amik. Tetapi bagi pendapat aku, moto baru sekarang tidak perlukan running in yang sama seperti moto2 lama. Kerana, ketelitian dan kepersisan kilang pengeluar barang moto terutamanye enjin adalah teramat tinggi. Walaubagaimanapon, tatacara tradisional itu tetap menjadi pilihan majoriti penunggang motosikal yang baru.

Bagi pendapat aku yang pertama kali bawak moto lebih 600cc, z8 adalah sebuah jentera yang ganas. Pick up memang terbaik. Semasa nak overtake kenderaan lain pon penuh dengan keyakinan.

Setakat ini, top speed yang berani aku cecah adalah 110km/j. Dah dalam top gear pon terasa macam nak masuk gear lagi...... memang pick up.

Pagi tadi, semasa nak keluar dari rumah untuk bergerak ke opis, aku rekodkan mileage selama sehari z8 bersamaku.

total milage hari pertama - 244 km.

Dari segi minyak pulak, aku rasa sesuai dengan CCnya yang bersaiz 800. 

RM22 - 200km =  RM0.11/km (mode pemanduan - ganas, in town usage, RPM berubah-ubah, banyak kepada high RPM but still under 6k)

z8.... memang berbaloi.... TQ.


No comments:

Post a Comment