Thursday, 27 December 2012

z800 accessories from KAWASAKI

Selamat kembali.....

Hari ni sy nak tulis pasal z800 standard accessories yang dikeluarkan oleh Kawasaki. Sehingga sekarang, masih lagi belum memasuki market Malaysia. Hurmmm... bila la nak sampai ni.....

 Pertama sekali, Windshields (meter cover)


Sepertimana yang terdapat di pasaran malaysia sekarang, semuanye adalah custom made untuk z800 ini.... Kawasaki mengeluarkan design yang amat menarik untuk z800 seperti gambar diatas. Dengan saiz yang tidak terlampau besar dan tak terlalu kecil. amat ppadan sekali dengan rekabentuk yang garang.

Pillion seat cover



Pillion seat cover ini juga amat menarik.... Tak sabar rasanye untuk memiliki.... baru la nampak lagi garang z8 ku..hehehehe... saya rasa bukan saya sorang je yang menantikan ketibaan seat cover ni.... hampir semua rider z8 nak pasang cover ni.... 

Protection - engine guards kit



Selain dari memasang crash/frame slider, engine guards juga amat penting bagi menjamin keselamatan enjin z8 anda... ini akan menambahkan lagi keyakinan untuk menunggang dan juga rekabentuknya yang amat bersesuaian dengan moto....

Ekzos (Akrapovic)





 Akrapovic telah mengeluarkan full system ekzos untuk jentera z800. Kebanyakan ekzos yang ade kat pasaran sekarang adalah modifikasi daripada ekzos yang sediaada. Pemasangan ekzos yg sediada ini tidak digalakkan kerana jumlah outlet yang keluar tidak dikaji sepenuhnye. Ini mungkin akan mengakibatkan kerosakan dalam jangka masa yang panjang.

semua item diatas tidak lagi memasuki pasaran Malaysia...haihh... bila laaa nak dapat ni... ekzos tu yang tak leh tahan... sekarang ni ekzos standard... slow sangat bunyi die... Ok la.. sehingga berjumpa lagi di post yang  akan datang... Let the good times roll....heeeeee





Wednesday, 26 December 2012

1st 1k service and the tranformation



Selamat bertemu kembali. Hari ni 26 Dec 2012, selamat z8 ku diservis buat pertama kalinye..heeeee.... guna voucer dari kedai. Alhamdulillah....semuanye berjalan lancar.


sepanjang beberapa hari hayat z8 ni... ade beberapa simple modification yg dah terjadi..hehehe... antaranye:

  1. frame slider / crash slider
  2. cnc side mirror (black)
  3. wind screen (custom)
  4. radiator grill/protector (custom)




Dan tak lupe juga pada riders accessories seperti:
  1. Helmet Caberg Duke
  2. helmet pillion HJC
  3. Riding jacket RS Taichi
  4. Alpinestar Glove





Tak lupe gak pada moto punye selimut.... Memalam kene selimut, sejuk die nanti....hahahaha.... canvas ni memang menarik dan quality quite good, tebal dan lembut, and MURAH.... 


sepanjang perjalanan untuk memenuhkan milage setakat ni memang menarik dan best. z8 punya respond memang cepat, selesa dan mengujakan. Tetapi awas, kalau tak biasa bawak moto tu cube2 la biasakan diri ngn jentera kesayangan anda dulu....... jangan terlampau ikutkan perasaan. Ingatlah orang tersayang.

Akhir skali, selamat menjelajah dunia....peace.






Thursday, 20 December 2012

FIRST RIDE

Alhamdulillah, selepas megambil z8 kat Bangsar, ride pertama ke Shah Alam, Selangor. Tentatif perjalanan:

Bangsar - Jelatek - Shah Alam - Bukit Bintang - Pantai Dalam - Putrajaya - Danau Kota - Pantai Dalam - Wangsa Maju

Total mileage 244km.

lokasi pertama - Shah Alam, Selangor.

Cuaca tidak berapa baik, dalam perjalanan melalui Federal Highway, hujan mula turun selepas tol batu 3 Shah Alam, redah je la.... syok punye pasal. z8 yang berkilat tadi dah kotor penuh ngan pasir...huhuhu... takpe.. kotor boleh basuh.

Sepanjang perjalanan, z8 tidak mengecewakan. Kekuatan dirasai walaupon still under running in ( max RPM 6000 ) mengikut nasihat orang kedai moto yang aku amik. Tetapi bagi pendapat aku, moto baru sekarang tidak perlukan running in yang sama seperti moto2 lama. Kerana, ketelitian dan kepersisan kilang pengeluar barang moto terutamanye enjin adalah teramat tinggi. Walaubagaimanapon, tatacara tradisional itu tetap menjadi pilihan majoriti penunggang motosikal yang baru.

Bagi pendapat aku yang pertama kali bawak moto lebih 600cc, z8 adalah sebuah jentera yang ganas. Pick up memang terbaik. Semasa nak overtake kenderaan lain pon penuh dengan keyakinan.

Setakat ini, top speed yang berani aku cecah adalah 110km/j. Dah dalam top gear pon terasa macam nak masuk gear lagi...... memang pick up.

Pagi tadi, semasa nak keluar dari rumah untuk bergerak ke opis, aku rekodkan mileage selama sehari z8 bersamaku.

total milage hari pertama - 244 km.

Dari segi minyak pulak, aku rasa sesuai dengan CCnya yang bersaiz 800. 

RM22 - 200km =  RM0.11/km (mode pemanduan - ganas, in town usage, RPM berubah-ubah, banyak kepada high RPM but still under 6k)

z8.... memang berbaloi.... TQ.


Wednesday, 19 December 2012

Ekzos Besi.......

Salah satu kriteria yang agak penting pada sesebuah motosikal ( for me) adalah ekzosnye.... bunyi adalah salah satu cara untuk menyedarkan (alert) pengguna jalan yang lain dengan kehadiran kita dari belakang... selain itu.... bunyi tu la yang membuatkan kita jadi syok menunggang jentera ber CC besar ini. Tetapi jangan lah kita ego atau berlagak dengan nikmat yang diberi tuhan ini... sama-samalah kita berkongsi serba sedikit tentang bunyi moto ini:


credit kepada En.Rafi A yang upload vedio z800 with Leovince GP Pro ini.


credit kepada En.Rafi A yang upload vedio z800 with Yoshimura R77

Kedua-dua ekzos aftermarket ini available di market Malaysia, dan setakat ini belum ade lagi ekzos yang complete system.

Anyway, enjoy the sound.... ;p

NEW BORN z800

beberapa video telah diupload oleh pemilik jentera ini didalam Youtube. Salah satunya seperti dibawah.
credit to fuizzprobillion untuk video di bawah.


KAWASAKI z800 2013

2013 KAWASAKI  z800 ku...... ;p 

Kawasaki Z800: New Supernaked middleweight with a knockout punch


Serba sedikit tentang spesifikasi model ini:


Engine
Engine type
Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four
Displacement - 806 cm3
Bore x stroke - 71.0 x 50.9 mm
Compression ratio - 11.9:1
Valve/Induction system - DOHC, 16 valves
Fuel system - Fuel injection: ?34 mm x 4 (Mikuni), with dual throttle valves
Ignition - Digital
Starting - Electric
Lubrication - Forced lubrication, wet sump

Transmission
Transmission - 6-speed, return
Final Drive - Sealed chain
Primary reduction ratio - 1.714 (84/49)
Gear ratios: 1st - 2.571 (36/14)
Gear ratios: 2nd - 1.941 (33/17)
Gear ratios: 3rd - 1.556 (28/18)
Gear ratios: 4th - 1.333 (28/21)
Gear ratios: 5th - 1.200 (24/20)
Gear ratios: 6th - 1.095 (23/21)
Final reduction ratio - 3.000 (45/15)
Clutch - Wet multi-disc, manual

Frame
Frame type - Tubular backbone (with engine sub-frame), high-tensile steel
Wheel travel, front - 120 mm
Wheel travel, rear - 137 mm
Tyre, front - 120/70ZR17M/C (58W)
Tyre, rear - 180/55ZR17M/C (73W)
Steering angle, left / right - 31o / 31o 

Suspension
Suspension, front - 41 mm inverted fork with rebound damping and spring preload adjustability
Suspension, rear - Bottom-Link Uni-Trak, gas-charged shock with piggyback reservoir and stepless rebound damping and preload adjustability

Brakes
Brakes, front - Dual semi-floating 310 mm petal discs Dual opposed 4-piston
Brakes, rear - Single 250 mm petal disc Single-piston 

Dimensions
Dimensions (L x W x H) - 2,100 mm x 800 mm x 1,050 mm
Wheelbase - 1,445 mm
Ground Clearance - 150 mm
Seat height - 834 mm 
Fuel capacity - 17 litres
Curb Mass - 229 kg 

Performance
Maximum power - 83.0 kW {113 PS} / 10,200 rpm
Maximum torque - 83.0 N*m {8.5 kgf*m} / 8,000 rpm




Hanya dua variasi warna yang memasuki Malaysia buat ketika ini, iaitu hijau dan putih. Pada mulanya, hijau menjadi pilihan hati, tetapi disebabkan tidak sabar nak menunggu second batch, siPUTIH menjadi pilihan, walaubagaimanapun, kedua-duanya memang menarik. 

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, dan ucapan ALHAMDULILLAH.....saya memulakan perjalanan hidup bersama jentera kesayangan ini.