Friday, 22 February 2013

Kawasaki z800 at Kuala Klawang International Circuit



Dear all, seperti yang dijanjikan report untuk ride Kuala Klawang. Route yang dilalui:

Danau Kota - Hulu Langat - Dam Semenyih - Kuala Klawang - Karak - Gombak - Danau Kota.

Kami RV kat Danau Kota pada jam 9:00 am hari Ahad.


Ride kali ini disertai oleh aku (z800), Ojan (R1), Pokwe (CB400), Cheong Ervin (Z750), and Hawa (er6n)

Tepat jam 9:30, kami gerak menuju ke Hulu langat kerana Cheong menunggu kami disana. Setibanya di pekan hulu langat, kami bertolak ke destinasi pertama iaitu Kuala Klawang.

simpang dari hulu langat ke kuala klawang, hadapan dam semenyih

berenti menunggu rider-rider lain


Setelah beberapa minit melayan jalan selekoh yang mengasyikkan tu, kami berenti berehat buat seketika bagi menghilangkan penat dan dahaga.......










Setelah abes hilangkan dahaga, kami teruskan perjalanan ke Kuala Klawang dan seterusnye menghala ke Karak,






Setibanya kami di pekan Karak.


Dan meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Karak ke Gombak, sepanjang berada di lebuh raya, hujan turun membasahi bumi, kami berenti rehat seketika di tol Bentong, dan meneruskan perjalanan hingga ke tol Gombak.





 


Jumlah jarak yang kami lalui lebih kurang 250km dan perjalanan ini amat menarik. Sekian sahaja untuk kali ini, Lets the good times roll..........................



sekian.















Friday, 15 February 2013

z800 Kuala Klawang

Baru set ngan member2 nak g jenjalan kat Kuala Klawang ahad ni..... kalo sesape yang free tu jom.. join skali....


Nantikan laporan dan gambar2 nye........ see ya....

Wednesday, 13 February 2013

Kawasaki z800 _ Genting Sempah via Jalan Lama

Salam & Hi untuk semua,



Balik je dari cuti Raya Cina, aku gian nak ride bersama z8 ku....... pikir punye pikir, last skali call membe ride aku set ride ke genting sempah melalui jalan lama UIA.Serba sedikit tentang jalan lama dari Gombak ke Genting Sempah.





Jalan corner yang singkat dan pendek..... kalo keadaan jalan kering, memang yang terbaik tuk asah tayar. Aku bersama R1 dan sebuah LC melayan jalan lama ni sambil menikmati pemandangan dan udara yang segar.

Sesampai je lebih kurang 3/4 nak sampai ke Genting Sempah, kitorang lepak sekejap kat tebing bukit... layan gambarnye...





Akhir skali....sekian tuk minggu ini.... next ride, Sunday 17 Feb 2013. Target ke cameron or Lumut. Sehingga berjumpa lagi..... Salam dari kami.




Let the good times roll................