Wednesday, 30 January 2013

kawasaki z800 at Fraser's Hill

Salam & Hi untuk semua.


26 January 2013, terdetik dihati ingin ride ke Bukit Fraser bersama yang tersayang. Tanpa berlengah dan berfikir panjang, aku terus bersiap dan memulakan perjalanan pada jam 12:00 tghri. 

Tentatif perjalanan:

Gombak - Karak - Bentong - Raub - Bukit Fraser - Kuala Kubu Baru - Ulu Yam - KL

Perjalanan ke Fraser's Hill melalui Raub teramat mencabar. Denagan keadaan jalan yang kurang cantik, dan banyak pokok tumbang diatas jalan menambah lagi cabaran untuk sampai ke bukit fraser. Sepanjang perjalanan memang mengasyikkan, keadaan cuaca yang terang, jalan yang dilindungi oleh bayang2 pokok hutan, angin yang sejuk menambahkan lagi keseronokan mengemudi jentera z800 ku.

Lebih kurang sejam perjalanan mendaki bukit, aku tiba di Bukit Fraser. Anginnye still lagi sejuk. udara yang nyaman.......

z800 dihadapan menara jam Bukit Fraser

z800 dihadapan menara jam Bukit Fraser

z800 at Bukit Fraser

Aku menghabiskan masa selama 2 jam di Bukit Fraser, makan2, lepak2, heeeeee..... dah bosan lepak2, aku start turun jam 3 lebih, aku membuat keputusan untuk turun melalui Kuala Kubu Baru dan terus ke Ulu Yam. Perjalanan turun tidaklah seteruk jalan naik dari Raub. Jauh lebih baik. Cornernye kecik2 dan tajam, cukup untuk mencabar keberanian anda...

Setibanye di Kuala Kubu Baru.. aku berehat seketika sambil menikmati pemandangan empangan Kuala Kubu Baru....




dan inilah hasil daripada perjalanan ke bukit fraser.

dan inilah hasil daripada perjalanan ke bukit fraser.

Sekian buat masa ni...... nanti jumpe lagi....tq for viewing.




Friday, 25 January 2013

Genting Highland via Batang Kali with my z800

Salam & Hi.......

z8 ku main kabus.....

Sempena cuti maulidurrasul tempoh hari, aku takde ape nak buat...... bangun pagi, keluar dari pintu rumah... tenung moto.....hurmmm.... terlintas difikiran, keluar ride pon best gak ni... cuaca teduh je.... On the spot, siap2 pakai jaket, glove, sarung helmet dan aku terus keluar.......

Dalam menuju ke Ulu yam, hujan turun renyai2...... teruskan ke tak ni?.....ahhhh..... alang2 dah keluar rumah, aku teruskan gak hasrat nak ride hari tu......



Rupe-rupenye hujan sekejap sahaja.... Alhamdulillah.... aku terus menuju ke ulu yam..... layan corner kat ulu yam seround, sedar tak sedar aku dah melepasi tempat hentian pertama sebelah empangan batu ulu yam, ramai gak orang keluar memancing hari cuti ni...... selang beberapa minit, aku tengah syok layan corner.. tibe2 kereta yang menghala kearah ku memberi isyarat lampu....

Apekah?.... ade roadblock ke? takde masalah.... semua cukup lengkap..... aku teruskan juga melayan corner... syiookkkkk....... kiri kanan kiri kanan....tetibe ade sebuah lagi kereta memberi isyarat lampu.... aku memperlahankan moto.... takut gak... tak jauh dari situ.... hahhh... tu diaaaa....

kereta Ford Fiesta terbabas dan terbalik dibahu jalan....

Nasib baik la aku dah perlahankan moto.. kalo tak... ngan aku2 skali layan longkang tu... mintak jauhh....

setelah beberapa minit ride, aku sampai ke pekan batang kali..... terus masuk ke simpang nak ke genting.... jalan die memang terbaik.... layan corner yang lagi mencabar...... nak tengok moto tegak memang susah... kejap lean ke kiri... lepas tu kanan... kiri.... perghhh..... tak sempat nak rest....

On the way naik tu... selisih ngn geng2 zx10 n R6.... pin pin... angkat tangan dan terus menuju ke puncak...

z800 di gohtong

Sejuk jee bila pepagi dah sampai di gohtong ni..... nyaman udaranye... segar kejap.... 

Alamak... tayar kene ape tu sampai koyak camtu...

Tutt Tuttt... dapat call dari member ajak lepak kat danau kota.... aku pon terus je start moto turun genting melalui karak....  layan kat karak seround.... blh tahan gak... akhir skali... lepak minum2... 

sekian buat kali ini.... Let the good times roll.........





Friday, 18 January 2013

kawasaki z800 - Sepetang di Putrajaya

Salam & Hai untuk semua.

Semalam, boring2 tak tau nak buat ape.... aku gi ronda-ronda kat Putrajaya sambil menikmati persekitaran yang tenang di sana.

Jambatan Seri Wawasan, Putrajaya.

z8 ku.......sorry, kualiti gambar tak ok... pakai kamera henpon je.

Putrajaya pada sebelah malam memang sunyi, tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan disini. Tetapi Putrajaya menjanjikan background untuk gambar antak yang menarik. Layan je la gambar-gambar yang berjaya diambil. Credit to my buddy Mr Ojan for the picture taken.

z8 and R1



Us.....we are brothers...heheeee

z8 dihadapan PPJ

Thats it for now.... sehingga berjumpe lagi dalam post yang akan datang...... dont forget, Let The Good Times Roll................... 




Tuesday, 15 January 2013

Federal Bike Week 2013 by UN Rider





Last weekend, berlangsungnye Federal Bike week kat creative makeover sebelah tol batu tiga shah alam. aku bersama beberapa lagi kawan berkonvoi ke tempat kejadian pada jam 12:00 tghri. Pada mulanya, kami bercadang hendak melayan Karak nad Genting, tetapi aktiviti tersebut tidak dapat diteruskan ekoran daripada keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan turun di sebelah pagi Ahad. Apakan daya, kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan.

our ride.... from left: CB400, Z800, VTR SP2, R1


Jentera sudah bersedia, lokasi perjumpaan pertama - Sunway Pyramid.




Setelah berjumpe dengan seorang lagi member kat sunway pyramid, kitorang bergerak ke destinasi yang seterusnya iaitu Federal Bike week 2013 at batu 3 Shah Alam. Layan je la gambar di tapak bike week ni.





 
 


 


 
 

Pelbagai aktiviti terlah dijalankan antaranye pertandingan moto cantik, moto paling bising, cabutan bertuah dan juga makan2 secara percuma.

kita layan beberapa gambar moto yang masuk pertandingan moto cantik...







Bagi aku, satu kejutan aktiviti telah berlangsung, iaitu stunt ride kat depan tapak aktiviti. yang menariknye, stunt rider tu adalah seorang wanita bertudung..hehehehe jangan pandang lekeh kepada wanita ini... cukup berani, walaupon stunt yang dibuatnye tidaklah begitu banyak ekoran daripada limitation of space. tetapi beliau berjaya menghiburkan pengunjung bike week kali ini.




Selepas selesai menghadiri majlis tersebut, kitorang gi jenjalan glenmarie tgk moto guzzi. selepas itu aku bergerak pulang ke putrajaya......... rekod telah tercatat... aku berjaya ride selaju 210KM/J di highway menuju ke putrajaya...... walauapapon, ride safely bro.... kekadang nak melayan tu, pastikan keadaan jalanraya selamat......

sekian.... lets the good time roll.....






Monday, 7 January 2013

Custom Rim Lining

Salam n Hi to semua,


Ari ni nak update pasal custom rim lining untuk z8. Bigcat Motor Art adalad sebuah kedai yang menyediakan servis untuk mengecat, sticker dan berbagai lagi yang boleh dibuat kat moto anda. bolehla layari FB beliau kat link nama kedai diatas.

Boleh dikatakan tak banyak kedai yang buat custom untuk paint job or sticker untuk motosikal kat malaysia especially area Lembah Klang ni. Ape yang available sekarang pon kebanyakannye mengenakan caj yang mahal. Bagi saya, Bigcat Motor Art ni menyediakan servis yang baik dengan workmanship yang halus dan detail dengan harga yang sangat berpatutan.

Semalam mereka berjaya menyiapkan cutom rim lining utk my z8, Ketelitian yang ditunjukkan telah menambahkan keyakinan saya untuk rekemen kan kedai beliau kepada kawan2 yang berhajat untuk membuat sebarang custom paint job or sticker kat moto kesayangan anda.

Saya tak payah risau pasal design untuk rim ni, kerana pengalaman dan bakat yang ade pada pemilik kedai ini boleh selesaikan masalah saya. Saya hanye memberikan konsep ataupon tema yg saya nak utk diletakkan pada z8.

kita layan beberapa lagi gambar.

proses pemasangan sticker.

hampir siap

designer apply logo Z pada sticker

memilih warna putih untuk rim depan

warna hijau pula diletakkan pada rim belakang

paddock stand depan dan belakang digunakan. jgn risau, kedai sediakan semuanye... moto sy takde bobbin pon.

gambar di kedai Bigcat

apabila siang hari, barulah menyerlah warna hijau tu...

black n white + green

Pemasangan lining ni ditemani oleh my buddy. die pon pasang dwi kaler, biru n putih..... smart...


Akhir kata, selamat mencatikkan jentera anda.

Lets The Good Times Roll......